Bila Brain Nak Baca

الأربعاء، 18 يناير 2012

Sijil Pemusnah Masa-Depan a.k.a SPM.

Assalamualaikum

 Post Edisi Terhad.hehe..Entry pertama kat blog baru,nak kasi title gempak sikit.Actually,ni bukan kali pertama aku buat blog tau.Dah ada blog sebelumnya,dan dah ada follower pun.Cewah.Padahai follower x sampai berpuluh org pun.Hangit ja lebih aku ni.-.-.Tajuk ni bukanlah nak bercerita mengenai Sijil Pemusnah Masa Depan Pun tapi aku nak cerita tentang sijil pencerah masa depan,macam fair and lovely nak putihkan kulit muka bagi putih licin berkilat.Okies,maybe yang aku nak tulis ni dah lapuk dek zaman,tapi ianya x lekang dek panas.Aku x pandai sangat guna peribahasa,bahasa melayu dapat A pun,sebab pemeriksa baik hati.Tapi aku nak letak jugak peribahasa.Adalah satu cerita yang pernah menggemparkan malaysia,apabila seorang rakyatnya seorang gadis sopan,otak punyalah brilliant,pi London akhirnya terdedah gambar kat facebook yang dia sudah terpengaruh dengan budaya hidup disana.Rasanya anda semua dah tau,x perlu nak bagitau lagi sapa nama dia,dok kat mana,bopa A dia dapat dalam SPM.So pada malam tersebarnya gambar2 dia di internet,esoknya keluar kat berita seluruh malaysia.Pada malam 2,aku sempatlah usha2 facebook,dan beberapa akhbar online malaysia.Kat facebook,hangpa jangan dok cerita la,berpuluh2 manusiawi dok update status pasal this brilliant lady.Dok mengata dan mengumpat,tapi ada jugak yang berhati nurani mulia mendoakan supaya dia berubah.Kembali balik ke fitrah asal sebagai muslimah.Oke.Yang aku nak cerita ni adalah status mereka yg dok pi kata "SPM,17 A jadik lagu ni,ni la sistem malaysia,budak2 dok kejaq straight As ja,apa pun x tau,akhirnya jadik bangang agama".Ada jugak yang buat status macam ni,"kebanyakan budak straight As mmg mcm ni,dok pikiaq depa pandai,padahai agama langsung x amik tau"..Dekat comment akhbar,masyaAllah.hangpa tengok sendirilah bagaimanakah komen masyarakat malaysia.Aku dah malas nak tulis banyak2 dan komen aku x ramai mana pun yang like..Tu yang malas nak komen panjang2,klo aku ni Aiman Azlan lainlah.X sampai seminit dia post,94 orang dah like,termasuklah aku yang kaki like. 

Slip aku bukan sampah.Aku x salahkan SPM.Klo ada tarbiyyah kat mana2 pun boleh survive.InsyaAllah.Aku mungkin x dapat deretan A+  yang boleh dibanggakan.Tapi aku bersyukur dengan apa yang ada.Alhamdulillah.
Secara totalnya,aku rasa agak terkilanlah bila depa menyalahkan mengejar SPM semata2,akademik semata2 sampai jadi macam ni.Sebabnya aku dulu adalah antara mereka yg mengejar akademik.Mungkin sistem pendidikan kita x menekankan sangat perihal keagamaan,yang sekolah biasa macam aku ni cuma belajaq agama Islam time pendidikan Islam kat sekolah ja.Hanya belajar yang basic.Yang lain mak ayah ajaq kat rumah.Aku sangat terkesan bila ada yang tulis SPM macam sampah.Terasa aku.Slip aku bukan sampah lah.Aku x faham apa yang sampahnya.SPM kah sijil pemusnah akhlaknya?SPM kah yang membuatkan dia menjadi macam ni?Kerana mengejar deretan As sematakah dia berubah sampai sekali tengok macam bukan Islam,bila tengok sejarah balik baru tau dia Islam.Pendidikan kita x perlu dipersalahkan.Bagi aku yang paling penting adalah tarbiyyah dalam diri.Berapa ramai yang pergi luar negara akhirnya balik pada Islam.Ada dalam kalangan pelajar kita yang belajar di negara Eropah lah mereka mengenal Islam atas tunjuk ajar senior2 mahupun saudara semuslim ngra lain.Anda mahu mengejar deretan As,maka itu terpulang pada anda.Anda fikirlah,SPM di malaysia adalah sijil yang sangat penting.Bagi aku perlu lah belajar sungguh2 untuk mengejar akademik sebab kita perlu seimbangkan intelektual dengan bangsa dan agama lain.We are muslim,adalah compulsory bagi kita untuk menguasai ilmu dunia.Mengapa harus menyalahkan deretan As?Sistem pendidikan kita mungkin x cukup untuk mentarbiahkan diri menjadi muslim sejati,ianya perlu didikan dari ibu bapa,masyarakat dan jua kerajaan perlu tekankan kepentingan agama.Makanya kita perlulah menyibuk pasal org x pakai tudung,orang pakai legging,kita perlulah sibuk pasaipa kerajaan soh org Islam x pakai tudung.Tanggungjawab sebagai khalifah sangatlah besar.X perlulah nak salahkan mereka yang mengejar deretan As,x pandang kiri kanan,x tahwan ilmu agama.Ada jugak yang cakap"Pi negara org putih jadi macam ni,pi negara arab jadik pengganas".Aku belajaq kat ngra arab rasa nak boh pelangkung ja pak cik sorang ni.Pak cik,ramai lagi yang pi US,Uk,Czech,Poland,Aussie yang hal ehwal agama depa lagi pandai dari orang kat msia mahupun yang dok negara arab.Pemikiran depa jauh ke depan bersama iman terpahat di dada.Usrah x pernah tinggal,sembahyang jemaah dengan kawan2.Anda jangan main cakap sahaja.X percaya ada yang macam ni,bacalah buku Hlovate.Yang part pi ngra arab jadik pengganas,astagfirullah.Nnti hang mati,maybe ustaz2 pengganas dari mesir mahupun jordan jugak nak .
   sembahyang mayat hg?Mungkinkah?Okey.Sampai sini


P/S:Kawan2 pemollow blog lama,jangan tanya pasai pa aku dah x tulis entry fully in english macam dulu.Dah terang lagi bersuluh dengan lampu pelita english aku makin hari makin x tahwan bila aku sembang ngan hangpa kat facebook kan?Klo amik balik SPM la,dri GCE-O gred A aku boleh jadik gred D.Sungguh,aku mengong gila.Kadang2 bila aku lepas tulis,baru aku perasan ada grammatical error.Baru aku sedaq yang "sejak bila tok nenek aku ajaq,lepas auxillary words boleh diikuti ngan ing,ed segala bagai?Bukankah root word sahaja?Okieh,untuk mengurangkan rasa malu sembang ngan hangpa yang tahap terror merror english,aku x mo dah tulis english.Shame on me,medical student x reti English.Yes,it's me.haha."Merepek lagi noh.Letih hangpa baca noh?x  pa2..X mo baca x pa.Jadik follower penting okey?Papaii

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق