Bila Brain Nak Baca

الاثنين، 23 يناير، 2012

Conteng-Conteng X Tahwan

Awat aku makin malas macam hang ni garfield ooiii???Perut ja besaq,Habuk pun x dak.
Assalamualaikum..Eh.aku buat dua entry dalam satu hari.hehe.Ni eksaited ada blog baru lepas blog lama yang aku dah lupa password. Walaupun blog aku x comey macam blog hangpa yang ada gambaq pikachu,mashimaro mahupun winnie the pooh,aku mula menyayangi blog yang aku baru buat ni yang x sampai 7 hari lagi pun.So kasi support la sikit noh?Klo suka dengan repekan aku,maka boleh komen,tulis,kutuk dan jadik follower.Klo x suka,sebelum blah,jadik follower dlu boleh dak?Boleh kan..kan?senang ja.Pi kat "feel free to be follower" pastu,masukkan email.Teng...jadi la follower blog aku.Well Done aku ucapkan.Nampak sangat aku desperate nak meramaikan follower..Uih..Mestilah..Malu aih cheq..Buat blog 3 bulan dah klo follower baru 3 orang.Tapi blog aku baru 5 hari tau.Saya ulang,baru 5 hari tuan yang dipertua.Maka,silalah jadik pemollow.Ek?

Entry bertajuk conteng-conteng x tahwan adalah adaptasi dari tajuk novel Hlovate,Contengan Jalanan.So,credit to Hlovate.Dak aih,merepek ja.Saja ja aku nak conteng2.Aku selalu ja ada masa nak tulis benda pelik2,tapi selalu kata x dak masa nak study.Time is fitting la,time is running la.Padahai ada ja masa nak tengok diary of a whimpy kid,valley of the wolves yang aku download dari kawan aku kat skype.Tau dak?Nak download menatang 2,amik masa sampai sehari.sori lah noh bro.Banyak buang masa anda.X pa,dia x baca entry aku ni.Ni la namanya time waster yang permanent dan tegar.Mana boleh x menulis,cita2 aku dulu nak jadik penulis.Tanya mak aku,asal aku x puas ati ja,aku mesti akan tulis atas kertas,pastuh masuk dalam buku.Pastuh,aku pun lupa apa yang aku tulis.Pastu,minggu depan selepas hari kejadian,kertas yang aku selit tu terjatuh atas lantai rumah semasa mak aku tengah lap laptai,dan mak aku terus membacanya.Pastuh mak aku tanya "menatang pa yang kamu tulis ni?isy3"...Aisyeh man,malu aih.Tulis x puas ati kat markah addmath ja pun sebenaqnya.haha.Pecah rahsia.Esok2,klo hangpa nak korek rahsia aku,maka hangpa cuma perlu jadik follower blog aku eh...?Bajet macam aku Paris Hilton ja,semua benda paparazzi dan mammarazzi nak amik tau.hehe.

Teet..Lagi 2 minggu + aku nak amik exam ni..Hugagaga..Takutnya..Cuba la bagi nasihat sikit supaya aku nak deactivate facebook,x tengok twitter,x tengok formspring dan bajet comel dengan suka stalker blog orang.Dulu masa SPM aku dah cuba banyak kali dah nak deactivate semua benda x guna tuh,tapi apakan daya walaupun abang aku nak jadik ustaz,iman x dapat diwarisi.Aku cuma amik masa x sampai 18 jam 34 minit 13 saat dan terus online semula.Aku x tau macam mana nak manage time...Huhu..Aku nak sangat jadik rajin macam depa,aku nak pandai macam garfield dan stuart little.Tapi aku malas study.Aku nak belajaq 12 jam tapi aku cuma dapat study 2 jam.Tolonglah...CEpat tolong aku.Study..Study..Study..Jom study dengan aku.Jom kita pi buat physiology eh?Jom..Jom..

Ok bye..Jgn lupa jadik follower..Peace ^_^
Stuart,bagi aku tips pandai cikit?







هناك تعليقان (2):

  1. apsal ruang comment follw n semua tu tulisan arab???amboi semangt dok mesir dia nooo

    ردحذف
  2. haha..besa la ken..malas dah nak ubah..carik x jumpak.lagi x boleh blah boh adress ngra arab.hahahha

    ردحذف