Bila Brain Nak Baca

الاثنين، 30 يناير 2012

Hopeless

I need the people that I love to be by myside now.To wish me luck.To comfort me.Medicine is tough.Yes,it is.I'm crazy.I know that.My exam will be next week.And I still have time to make an entry.Because I need to express my feeling.I need my brothers,I need my mak and ayah.To say "keep struggling".But they are far away from me.And I am tucked away in egypt.I can't remember all things that I've to.It's burden me.Ya Allah..Give me strenght.I don't need anything else so far.I don't want to listen to English songs that I like damn much.I just need some motivation from them.I don't want to chat with my friends in skype or facebook,I just want to see my family members' faces.I miss the moments when I took SPM last year.Everyday,my bro would phone me and say "Try to do to your best ability.InsyaAllah,everything would be fine.Straight As is yours".I need them!Enthusiasm could not fulfill my dream.I want my family.-.-

Inferior..Perlukah?

Salam alaikum.

Hopefully,semuanya dalam keadaan sihat2 sahaja.Almaklumlah kesihatan merupakan nikmat Allah yang selalu manusia lupa.Bila dah sakit,baru ingat nak doa dan makan penadol.Jika sebelum ni,senang hati sahaja makan cekedies dan minum coke kan?Jika anda bukan dari golongan ini,tahniah.Anda berjaya melawan nafsu.Jika tidak,samalah kita.Eh dulu aku jarang makan makanan pelik2 macam cekedies 2.Tapi skang ni,selalu sangat makan.Sebab kat sini benda 2 available di mana2 sahaja.X percaya,tanyalah budak Mesiq.Cekedies dah la murah,pastu sedap,pastu senang nak jumpa.Berbanding nak order burger yang kami x paham tulisan Arab.Eh..Nak Salahkan environment pulak.Bukankah semuanya terletak pada kita?Aku belum mampu mengubahnya.Dan insyaAllah akan mengubahnya.Say No to cekedies untuk ...bulan?tahun?atau selamanya?uhuk!uhuk!X tahulah.


Pernah dengar perkataan inferior?or inferiority complex?Inferiority Complex aku x tau sangat dan aku pun belum mahu amik tau secara detail.Tapi inferior adalah perasaan rendah diri.Mengapa mesti rasa rendah diri?Banyak sebab nya.Muka x secantik Natalie Portman bila bersama dengan golongan cantik-cantik.Pernahkah anda rasa inferior?Klo x pernah.You are great.Keep it up.Anda yakin dengan diri anda.Honestly,aku lebih suka menulis dan bercakap sorang2(bukan gila eh) dari meluahkan secara terbuka.X tahulah mengapa.Menjadi seorang debater sejak dari zaman sekolah x bermakna seseorang itu punya kekuatan untuk meluahkan apa yang terbuku di hati.Menulis mungkin ramai yang anggap x punya kekuatan untuk bersuara,x mampu nak menerima kritikan secara terbuka or anything else.Tapi bagi aku mata pena ada kekuatan tersendiri kalau wacana yang dihasilkan berfaedah dan bermanfaat.Of course lah bukan aku kan?Yang banyak merepek dari memikir.Merepek seorang diri jauh lebih best dari bergossip beramai-ramai dan mengumpat.Bukan kah?Tapi dua-dua x baik.Jangan ikut dan lebih baik anda baca yang lebih bermanfaat.

Kadang-kadang bila kita berdamping dengan seseorang yang kita rasa ilmu tinggi,kita mesti rasa nak jadi macam dia.Mesti semua pernah rasa kan?Example macam ni.Dia bijak dalam segala hal,dalam akademik,sukan,hukum hakam agama dan pastinya isu sosial.Dia pandai berhujah sebab dia banyak ilmu.Boleh kata semua cabang ilmu dia amik tahu.Bila dia bercerita,dia kemukakan pandangan dan kita kadangkala x faham pun apa yang dia cerita.Sebab kita x amik tau benda tu.Dia mintak sudut pandangan kita,dan kita terkelu untuk bagi pandangan.Sebab ceteknya ilmu.Lepas tu,kita pun cari dan selidik.Apa benda lah yang dia ni cakap.Just untuk sama2 cari ilmu dan bersaing dengan dia.Persaingan sihat macam 2 mmg bagus.

Mencari ilmu itu bagus.Tapi,in my point of view.Kita kena ingat,x semua benda kita boleh kuasai.Kita kadangkala berusaha bersungguh-sungguh untuk jadi seperti orang yang kita kagumi,tapi kita x sedar pun kita ada kelebihan tersendiri.Itu mungkin minat dia untuk amik tau semua cabang ilmu,tapi kita boleh saja pilih cabang ilmu mana yang kita nak kuasai.Buku mana yang kita nak baca.Kalau dia nak baca buku tentang Modernisation in Islam,dan kita rasa kita x mampu nak digest benda itu.X mengapa.X payah baca.Katakan kita "tidak tahu".Tidak tahu x bermakna anda berada di paras pemikiran ortodoks,tapi kerana anda rasa anda x mampu nak digest benda tu.Actually,ada satu kisah.Dari form 3 lagi,aku selalu nak baca buku tentang Islam Liberal,apa itu contemporary?Apa itu Sister In Islam?Apa itu percanggahan antara modernisation in Islam dan Liberal.Pluralism dan Feminism bila wanita dipertuhankan.Dan akhirnya,bila aku baca artikel itu,lepas 2,aku akan pening sendiri dan lena dengan nyenyak nya sampai esok pagi.Dan bangun dengan x faham apa-apa yang aku baca.Aku cuma boleh tau apa itu pluralism tanpa aku tau apa penyebabnya dan apa solusinya.

Dan aku mula sedar,dia mungkin hebat dalam segala hal.Dan aku x mampu untuk itu.Otak aku x mampu nak faham semua benda.Malah benda besar seperti itu.Aku x perlu rasa inferior lagi.Aku punya masa untuk kuasainya.Mungkin bukan sekarang,tapi bila tiba masanya.Kita x perlu baca benda yang besar dan mempunyai banyak percanggahan pendapat.Kalau nak belajar agama,why not kita baca artikel yang mudah.Macam Faces of the Hereafter?Macam kita amik tau sapa nabi kita?Kita amik tau tentang ilmu fardhu ain dulu?Kan lebih mudah dan sesuai untuk kita dari kita baca tentang feminism,liberal,contemporary,pluralism,dan seangkatan dengannya.Seseorang itu Allah bagi kelebihan untuk dia menguasai banyak cabang ilmu,dia boleh ingat semua artikel dan sources yang dia baca sebab mungkin dia ada kekuatan untuk menyampaikan dekat orang ramai.Kita mungkin x mampu.Kita mungkin Allah bagi kelebihan untuk menguasai ilmu yang lain.Contoh macam..Anda boleh selesaikan soalan calculus dalam masa satu minit yang punya jalan kira 2 muka surat?kan?2 juga adalah kehebatan.

So,if ada yang menyampaikan pandangan tentang sesuatu perkara,anda x tahu bagaimana nak reply dan memberikan pendapat,just simply say "maaf,saya x tahu".Kan mudah.Dari anda surf internet,berlumba-lumba mencari idea sehingga x tidur malam semata-mata nak bagitau kat orang itu yang anda tahu.Padahal anda x tahu apa yang dia bincangkan.Anda x minat nak ambil tahu,katakan sahaja "saya x tahu".Anda punya pendirian dan punya buah fikiran yang tersendiri.X perlu nak berlumba dan amik tau segala hal.Inferior.Perasaan yang akan menjahanamkan anda.Buang perasaan itu.Katakan kat diri sendiri yang "I'm the greatest creation from Allah,I've my own way to manage my life".Jadilah diri sendiri.Buat apa yang anda minat.Bukan berusaha mencari minat orang lain,akhirnya pening sendiri.X minat,x kan dapat.Hafal relation arch of aorta yang ada banyak branch tanpa faham kat mana anterior,posterior,rg side and lf side umpama baca dalam gelap.Ingat malam ni,esok orang tanya lupa.


Katakan "Tidak" adalah sunnah.Ni dari yang aku baca dalam artikel Kapten Hafiz Firdaus.Perlu amik tau hal ni.Jgn cuma pateri kemas2 dalam kepala poligami adalah sunnah.

Dia tengah baca buku Diary of A Whimpy Kid.



Aku nak buat latihan calculus.Aku suka mengira!Bukan membaca.


السبت، 28 يناير 2012

HyperTension

Ada satu makhluk.Dia suka gila jelez kat aku.Asal aku nak call kawan aku ja..Time 2 la..Dia nak kacau aku.Sampai 2-3 kali aku terpaksa call semula kawan aku 2.Pada masa nak skype pulak,tambah-tambah lagi video call,dia selalu kacau line.Klo nak chatting pulak,kawan aku message aku pukui 8 pagi,aku bukak balik lappy pukul 6 petang,baru mesej 2 visible.Ni semua angkara agenda jahat dia.Selalu sangat dengki dengan aku.Klo aku nak bukak blog yang best dan berfesbuk,dia lah yang no satu pengacaunya.Letih aku nak tekan refresh berkali2.

Dia 2 memang kadang2 aku suka gila kat dia.Dia lah medium untuk aku luahkan perasaan dan bercerita kat orang lain,tapi pada masa yang sama dia jugak selalu menyusahkan..Apa perlu aku buat?Perlukah aku menghargainya lagi.Dia selalu buat aku hypertension,tarchycardia sebab menghalang hubungan aku dengan kawan aku.Tapi dia jugak lah penghubung kasih kami.Dia tu , aku x tau nak ubah perangai dengki dia macam mana.Aku bayaq duit tiap2 bulan kat dia,x kurang sesen pun.Tapi service dia kat aku macam lalat.Terbang melayang ja aku rasa duit aku.Menyampah I.Dia tu,nama dia Internet.Broadband Brand Etisalat tapi service macam lalat.Sabor Je lah.Sabaq lepas kutuk,macam bodoh ja.HAHA. 

Ni la dia.Pengikat dan Pemutus kasih aku! I  LEBIU  Lalatband.Aiseh!Etisalat.

الجمعة، 27 يناير 2012

Ceramah Best Punya!

Assalamualaikum..

Sihat dak?Hopefully semua hormone hangpa stabil noh.Ni nak kongsi satu video.Sedih pulak bila ustaz macho ni cakap.Eh..Aku baru kenal ustaz ni.X tau pulak kat msia ada ustaz sempoi macam ni.Gaya dia macam matluthfi.Aiseh!X abis2 ngan Matluthfi.Nak buat macam mana dah aku suka Matluthfi.Nah..hayatilah apa ustaz ni cakap.


Bagus lah ada ustaz macam ni.Stylo habis.HAHA.

Isi ceramah best.Gaya Smart.Macam ni lah anak muda nak ikut.X menyempitkan  Islam itu sendiri.Certain ustaz,ini x boleh,itu x boleh.Menyangkutkan yang kontemporari dengan Islam Liberal.Padahal mereka itu seolah-olah Islam Mega Literal.Tau apa itu Mega Literal?Islam yang sempit.
Sepatutnya Islam itu agama yang membahagiakan,mudah dan sesuai sepanjang zaman.
 
Sempoi kan cara dia terang?kelakar pun ada.Pengisian menarik.



الخميس، 26 يناير 2012

Liver & Heart.Jaga Hati..Jaga Jantung!

Assalamualaikum.

How are you guys?Sihat-sihat sejahtera ja kan?Klo x sihat,sila lah jumpa dengan encik doktor or puan doktor.Student Mesir,happy holiday..Mesti lani hangpa dok rancang nak pi jaulah sampai europe kan..?kan..?Ele leh..Selamat berjalan sahabat-sahabat sekalian.Klo pi Swiss,tangkap salji banyak2.Yang x abieh exam lagi macam aku.Jangan dok gatai pii jalan2.Jom study.Ha Ha.

Tajuk entry aku..hati-hati.Tapi aku nak cerita pasai hati.Hati kita ni nama dia Liver.Tapi hati yang dup dap..dup dap 2,nama dia heart (jantung).Heart diselaputi oleh pericardium,ada valve yang prevent backflow of blood iaitu pulmonary,aortic,mitral and tricuspid manakala liver ada falciform ligament,coronary ligament,rg triangular,left triangular ligament and etc..Okey.2 anatomical knowledge saja sebenaqnya.Aku saja nak merepek.Tapi itu fakta bukan auta.Hangpa nak salin sikit2 kot2 pasai medic nak buat novel,sila lah.Tulis nama aku sekali klo buat novel.Mana tau ada nama macam Hlovate,Hilal Asyraf ka,paling kurang pun Fatimah Syarha?kih3..(Gelak Jahat)

Ehem..Aku nak cerita bab jiwang karat hari ni.Hangpa yang x suka jiwang karat or kata bab ni mmg tahap annoying gila..Sila jadik follower dulu sebelum migrate ke blog lain.(hege..hege..)Arg..x kira2.aku nak jugak hangpa jadik follower.Nak tambah kawan,pastu boleh tunjuk kat orang kata follower aku banyak.Pastu,syok seniqi.Teringat sampai dalam mimpi.Takabbur gila.

Hangpa rasa kan,bila hati kita membisikkan sesuatu,dia rasa kat mana?Kat atas ka,kat bawah?Klo rasa kat atas,yang selalu berdetup detap bila tengok muka Robin Van Persie,Theo Walcott or Thierry Henry,yang 2 nama dia heart la.Dia dok kat bahagian thorax bukan liver.Liver dok kat abdomen.Bahagian bawah,dekat stomach.So,sepatutnya..lagu melayu yang tajuk dia "jagalah hati,jangan kau kotori..jagalah hat...bla2.."..Aku rasa sepatutnya.."jaga lah jantung"..Betoi dak?ce cer pikir balik njang?

Tulis punya la panjang.Boleh buat esei SPM,maksud x sampai lagi.Aku nak cakap sebenaqnya,hati kita ni kena jaga elok2 supaya x senang dicemari dan x mudah pecah berderai.Bila orang kata suka kat kita,terus x lena malam,perasan sendiri sampai pagi.Nak study pun dok teringat kat Edward Cullen a.k.a Robert Pattinson.Macam mana ilmu anatomy nak masuk?That's why orang kata kat kita "u've skull without brain".

Mmg lah perasaan ni susah nak jaga.Aku pun x tau nak jaga macam mana.Kadang2,tengok orang..1st impression,kita dah x suka kat dia.Kan?Hangpa penah rasa dak?Tapi perasaan 2 sebenaqnya Dari Allah.Ni aku belajaq dalam Usrah la.Selagi kita x bagitau kat orang lain yang kita x suka kat si polan 2,makanya x jatuh dosa kat kita.Klo kita dok pi jaja kat orang lain yang kita x suka kat si polan 2,makanya,kita dah berdosa.Ada paham?Perasaan kita mmg Allah yang bagi,tapi kita boleh jaga sebenaqnya.X payah nak pi jaja hang x suka kat dia 2,dia ni.Apa hang bajet hang baik or hot setup la?Jaga diri seniqi,jaga semayang,baca maksurat,baca quran,hang buat dak? Haa..hang banyak lagi masa nak jaja kisah orang,yang priority hang x buat pun.Musyfahiiim3.(Sampaii kepala geleng2) .X pun.2 kawan hang yang pakai baju tight gila sampai nampak yang x sepatutnya nampak,hang dok diam saja?Awat hang x teguq dia.X berani nak teguq orang,x da kuasa nak teguq orang,benci perbuatan orang dalam hati sudah.Klo x mampu nak buat bnda baik,at least x payah buat kisah jahat.Contoh macam ni,ada satu kisah yang mana berlaku kat souq Gaban,tempat beli itik,ayam,ikan dan daging unta serta arnab.

"enta..ana tengok,depa tuh dok sibuk berniaga,azan maghrib dah berkumandang dah ni.Depa 2 sahih x semayang..''

Di satu pengembaraan set yang lain:

" amboiih depa tuh..dok langut arsenal lawan tottenham waktu lagu ni.sah2..hangpa malaih sembahyang noh?Ada pa tengok lehmann ngan fabregas tuh?bla..bla..bla.." ..(bla..bla hang dok buat ceramah dalam keta sambil mngata kat orang).Padan muka hang.Dapat dosa free judgemental kat orang.Mana hang tau depa x sembahyang.Klo pun depa x solat,apa guna hang dok maki hamun depa dalam keta,anak bini hang ja dengaq.Apa depa boleh buat.Apa effort hang?X boleh kah,hang pi hampaq tikaq sembahyang kat depan depa,pastu hang jadik tok imam?Mesti ada punya la yang join hang jemaah dari hang dok mengumpat sorang2 dalam keta.Ntah2,yang tengok bola 2,boleh jadik imam hebat dari hang.So,if kita x mampu nak tunjuk bnda baik kat orang,jangan kata kat orang.Jangan anggap bnda x baik pasai orang.Jgn pikiaq kita ja baik.Tengok bola,main skate,layan game FIFA,DOTA,rock climbing,paint ball or even hangpa minat drift.it's not a crime.It's totally worst if hang tinggal solat.Tapi klo depa x tinggai solat,apa masalah hg?Klo depa tinggal solat sekalipun dan hg tau depa akan tinggal solat,awat hang dok mngata saja dalam keta tanpa ada daya usaha?Bukan kah hang lagi teruk?Dah la mengata,x buat apa2.

Pasai perasaan hati jiwang pulak.Dah hang tau cintan cintun 2 akan ada risiko patah hati sampai berderai peritoneum maybe,x payah lah dok bercinta.Update status "I sayang u,U sayang I"..Bila dah putus,sibuk dok update "Sh*t lah.Damn lah.F*ck lah bf lama aku"..Haisy..Aku yang tertengok gambaq lama hang ngan boyfren hang pun rasa nak muntah.Nak komen,x sampai hati.Lantak pi kat hang.Surat Cinta Allah hang x mau baca,tiap2 hari hang dok melangut tengok messsage i sayang u,hati u ok?Ha,bila dia x mau kat hang dah,hang kena la baca surat cinta Allah pulak.Kan lagi bagus 2.kan..kan?Amik semua nya secara hikmah.Boleh dak?Aku pun x terpikiaq nak mai mesiq,bila dapat result straight as spm,aku nak pi US.Tapi dah aku terlempaq kat sini.Banyak ja benda aku boleh dapat kat Mesiq.X la teruk sangat macam yang aku dengaq dulu.Anggap semua benda berlaku ada hikmah boleh dak?Allah bagi tu ada la sebab dia,maybe sebab bf hang 2 x layak ngan pompuan baik macam hg.X pun gf hang x baik mcm hg,yang boleh jadik imam sembahyang terawih.Ada paham?X payah maki hamun.Dulu masa couple,mak hang message tanya hang makan dak lagi,hang x balas pun sebab hang saja taruh kredit kat gf hang kan?Padahai hang x tau pun,hati mak hang isau hang x makan lagi.Mak hang tanya hang,hang sihat ka dak?Hang cuma balas bila kredit hang ada sejuta ja kan?Bila hang putus,baru hang tau nak balas kan semua message mak ngan ayah hang?
Hati boleh curi.Tapi kena jaga baik2.

Tolong lah..Kasih sayang keluarga jauh lebih hebat dari kasih sayang bf or gf hangpa.So mana lagi penting?Skype,video call  ngan mak ka,chatting ngan kawan kat skype?Bukan x boleh chatting.Boleh..Silakan..Tapi utamakan mak anda.utamakan ayah anda.Mak menangis bila hang x dapat A exam,boyfriend hang buat menatang pa?Girlfriend hang cuma tau kata sabaq ja kan?Mak hang bangun sembahyang malam x berenti,pernah hang kisah?So,jom sama2 kita pikiaq pasaii mak ayah,pasaii abang2 kita yang isaukan kita.Balas mesej depa lebih dari balas mesej orang lain.Boleh dak?Serious aku isau gila bila abang aku balik malam2 kat cairo.So bila adik anda,kakak,mak cik or adik bradik anda yang lain mesej anda,sila balas.Jangan dok pikiaq nak mesej gf ja.Nasib baik abang aku reply msg aku,klo x aku poke dia.Ahli keluarga akan selalu bimbangkan kita,selalu bersama kita bila kita susah,hargailah mereka.Jangan nak pikiaq sangat pasai orang yang x dak kna mengena.Yang x dak ikatan halal.Dia kata lama x mesej,dia rindu..bla..bla..Dia muhoong saja,hang percaya.Alahai.senang ja hati org nak cayaq.Jaga hati supaya x dicemari.Mana tau,nnty mak ayah hang cari jodoh kat hang,dapat pulak ustaz hensem macam ustaz amirul dalam tv,x ka melepas hang klo hang dah ada bf x tahwan?Yang best nak cari suami,bukan yang kerja doktor,engineer,chemist,physicist,architect or accountant.Tapi yang dalam poket baju dia ada maksurat kecik,ada quran kecik.Bila dia ada masa senggang,dia baca maksurat.Bukan yang dalam poket dia,ada duit USD berguni,mampu belanja hang makan kat starbuck tiap2 ari,dok tengok IPad x berenti.

Ok.Chow.Assalamualaikum.



Bila hati dah pecah,payah nak baca buku,apa kata kita baca surat  cinta Allah pulak?





p/s:Example bola mmg Arsenal ever.Team yang lain aku x tau.Yang lain antaranya aku cuma knaii Kaka.Casillas,Park Ji Sung yang chelsea 2,Messi,Rooney yang x bopa aku suka bersama hero kesukaan dunia Cristiano Ronaldo.Aku x reti sgt bab bola,cuma reti teman abg aku tengok bola.Tapi yang aku tau Kaka mmg baik ^_^.Aku ja tau depa,depa x kenai aku pun.-.-









الثلاثاء، 24 يناير 2012

Cerita Ni Merepek!

Hello Guys.
Assalamualaikum.
Wajib jawab salam,tapi kalau nak dapat pahala sunat doa laa bagi aku dapat cemerlang.Peace..

Aku suka goku.gohan dan goten.klo aku boh cartoon dragon ball yang aku minat dulu,hangpa suka dak?

Eh..tadi kan,sebelum aku bergerak ke gamaah (university) untuk lecture anatomy,aku sempat lah jugak bukak facebook dulu.Makanya,muncullah abang aku online.Dia pun dengan bangganya kata kat aku "awat blog kamu huduh sangat?SERABUT.Dengan ada bendera segala bagai,ganggu orang nak baca tau dak?Blog kamu ni x smart lah"..Oh x pa2..teruskan bagi komen abg ku sayang..Malangnya itulah diriku.Aku x mo ubah..Aku cuma nak menambah.Dah mmg aku serabut nak buat macam mana.hahah.Sebenaqnya aku malaih dah nak ubah struktur blog ni.Aku cuma nak menulis saja.Hangpa nak baca,silakan.Hangpa nak tinggalkan komen dan kritikan oh itu my pleasure jugak.If hangpa rasa blog aku membosankan dan annoying gila,sebelum hangpa blah dan baca blog lain yang comeii2 yang ada gambaq pokemon jadik follower aku dulu ek??haha.Ha..lagi satu abang aku mengumpat aku..dia kata.."Isy..kamu ni,tulis la fully in English macam dulu.Ni lama x tulis BI,memang makin bengong la"..Ya la.Nak buat macam mana,surat khabaq omputih online dah aku malas baca,english essay aku x pernah karang dah,cakap omputih ngan kawan aku lagi la jarang gila.Dengan lecturer mmg la ckp English,tapi English Mesiq hangpa paham2 sajalah.haha.Contohnya,depa akan kata

"close the light."
"close the fan"
haha.Lawak kan?Aku pun kadang2 dah terikut dah.X pa.Janji maksud sampai sudah.

Apa yang aku nak cerita sebenaqnya ni?X tau pun nak cerita apa.Saja nak tulis suka suki.Hari keenam dah 7 entry.Otak aku kata "Mana tau,boleh jadik blogger terkenal nnty macam Fatin Liyana?Hahaha.." Tapi hati aku kata "Perasan lah hang ni Fani.Dia 2 budak medic,cantik,model,entry dia hot punya..x merepek sangat macam hg.Memanglah dia banyak follower.Hang?Xabieh2 dok merepek dan meraban."Otak..mengapa hang x selalu seiring dengan hati?Otak,awat hang positif sangat?Hati awat hang selalu dok mengata kat diri sendiri?Hati,hang pii rendam dalam clorox dulu buleh dak?Klo aku jadik terkenal nnty macam mana?Boleh hang lompat keluaq tinggalkan pericardium sahaja?"Boleh kah?Boleh kah?

Sori geng.Aku punya blog tulis ikut blah kanan.Sebab ni Arab punya stail.Aku malas nak ubah.Nampak sangat aku malas segala-galanya kan?haha.Apa lagi,jadik follower aku,nnty insyaallah aku jadik rajin.-.-.teet..Jaminan 0.00001%.

Tadi kan,aku sembang2 lah ngan kawan aku.Depa kata,hang perasan dak,kita belajaq kat overseas ada ja masa nak update blog,byk masa nak usrah,byk masa nak berfoya-foya layan facebook?Depa kat msia nuh..Ya Allah nak pi masak pun x dan.haha.Memanglah.Ada ja budak medik kat sni,kawan aku straight A+ SPM,kja dok men game ja.X dinafikan,mmg belajaq kat sini relax sikit.Tapi bila time nak exam,time tulah gelabah macam nak arwah.Ketaq kaki,lutut,tumit dan mulut.Kami belajaq 6 taun.Depa belajaq 5 taun.So boleh agak,macam mana gaya struggle depa?Apapun,guna masa dengan sebaiknya.Cewah.Padahai aku x reti guna masa.Eh.Ada niat x pa.Dapat pahala niat nak buat baik.Effort,2 letak no 2 lepas niat.
Ok baii.

Sebenaqnya,klo guna masa elok-elok,banyak ja masa nak pi usrah,turun kelas agama,ngaji kitab dan join persatuan.Tapi persatuan facebook sedunia jugak yang aku ikut.Tengok budak medic malaysia,rajin.Dah la letih pi kuliah,balik dah nak malam,bila malam menjelma depa dan lagi sembahyang isyak jemaah,join usrah.Hebatnya depa.Aku jelez.Tapi mana effort aku?X dak effort,mana nak mai natijah?Niat??At least,buat niat saja buleh dak?


Banyak x baca buku Anatomy.Macam ni la relax sangat dulu,Padan muka.

Aku senyum kat hang.Ada makna tau?Aku nak suruh hang guna aku baik2..


الاثنين، 23 يناير 2012

Tahniah Muslim Brotherhood

Eh lupa nak habaq kat hangpa semua.Hari ni majlis angkat sumpah parlimen Mesir.Ikhwan mengetuainya.Alhamdulillah.Atas usaha rakyat bermati-matian,tumbang kerajaan Mubarak,naik kerajaan Islam.Riot yang membawa kemenangan pada parti Islam.Alhamdulillah.Syahidnya mereka di medan juang Tahrir,adalah satu pengorbanan yang sangat besar.Aku x mo cakap pasai politik malaysia,aku cuma nak kongsi politik Mesir.Malaysia?Pendapat aku macam matluthfi.Lalang.Hangpa dah tengok ka dak lagi?Klo x tengok lagi,hangpa wajib tengok.Hizbu Huriyyah (Muslim Brotherhood) , parti yang mmg dulunya forbidden gila kat Mesir,bila sebut Hassan Al Banna pun mungkin kena masuk jail,akhirnya insyaAllah akan ubah sistem Mesir ke arah yang lebih baik.Jom sama2 doa untuk kebangkitan bumi Mesir.Rakyat dia lama sangat dah menderita kemiskinan.Padahal hasil bumi berlambak ja.Di samping itu,mari doakan seluruh umat Islam kat dunia,riot yang berlaku dekat syria atau mana2 sahaja,semoga keadaan menjadi aman kembali.Revolution ada pros and cons.Tapi klo semua orang join,pastinya akan terus ubah sesuatu sistem kan?

Perjuangan para pemuda.Kat Fakulti,masa pilihanraya,aduhai..Takut aku tengok semangat depa.Their enthusiasm makes me proud of them!
Meninggalnya seorang pejuang.Sheikh Imad Iffad semasa Revolusi.Pastinya pelajar Azhar merinduimu.

Muslim Brotherhood.Alhamdulillah.

Conteng-Conteng X Tahwan

Awat aku makin malas macam hang ni garfield ooiii???Perut ja besaq,Habuk pun x dak.
Assalamualaikum..Eh.aku buat dua entry dalam satu hari.hehe.Ni eksaited ada blog baru lepas blog lama yang aku dah lupa password. Walaupun blog aku x comey macam blog hangpa yang ada gambaq pikachu,mashimaro mahupun winnie the pooh,aku mula menyayangi blog yang aku baru buat ni yang x sampai 7 hari lagi pun.So kasi support la sikit noh?Klo suka dengan repekan aku,maka boleh komen,tulis,kutuk dan jadik follower.Klo x suka,sebelum blah,jadik follower dlu boleh dak?Boleh kan..kan?senang ja.Pi kat "feel free to be follower" pastu,masukkan email.Teng...jadi la follower blog aku.Well Done aku ucapkan.Nampak sangat aku desperate nak meramaikan follower..Uih..Mestilah..Malu aih cheq..Buat blog 3 bulan dah klo follower baru 3 orang.Tapi blog aku baru 5 hari tau.Saya ulang,baru 5 hari tuan yang dipertua.Maka,silalah jadik pemollow.Ek?

Entry bertajuk conteng-conteng x tahwan adalah adaptasi dari tajuk novel Hlovate,Contengan Jalanan.So,credit to Hlovate.Dak aih,merepek ja.Saja ja aku nak conteng2.Aku selalu ja ada masa nak tulis benda pelik2,tapi selalu kata x dak masa nak study.Time is fitting la,time is running la.Padahai ada ja masa nak tengok diary of a whimpy kid,valley of the wolves yang aku download dari kawan aku kat skype.Tau dak?Nak download menatang 2,amik masa sampai sehari.sori lah noh bro.Banyak buang masa anda.X pa,dia x baca entry aku ni.Ni la namanya time waster yang permanent dan tegar.Mana boleh x menulis,cita2 aku dulu nak jadik penulis.Tanya mak aku,asal aku x puas ati ja,aku mesti akan tulis atas kertas,pastuh masuk dalam buku.Pastuh,aku pun lupa apa yang aku tulis.Pastu,minggu depan selepas hari kejadian,kertas yang aku selit tu terjatuh atas lantai rumah semasa mak aku tengah lap laptai,dan mak aku terus membacanya.Pastuh mak aku tanya "menatang pa yang kamu tulis ni?isy3"...Aisyeh man,malu aih.Tulis x puas ati kat markah addmath ja pun sebenaqnya.haha.Pecah rahsia.Esok2,klo hangpa nak korek rahsia aku,maka hangpa cuma perlu jadik follower blog aku eh...?Bajet macam aku Paris Hilton ja,semua benda paparazzi dan mammarazzi nak amik tau.hehe.

Teet..Lagi 2 minggu + aku nak amik exam ni..Hugagaga..Takutnya..Cuba la bagi nasihat sikit supaya aku nak deactivate facebook,x tengok twitter,x tengok formspring dan bajet comel dengan suka stalker blog orang.Dulu masa SPM aku dah cuba banyak kali dah nak deactivate semua benda x guna tuh,tapi apakan daya walaupun abang aku nak jadik ustaz,iman x dapat diwarisi.Aku cuma amik masa x sampai 18 jam 34 minit 13 saat dan terus online semula.Aku x tau macam mana nak manage time...Huhu..Aku nak sangat jadik rajin macam depa,aku nak pandai macam garfield dan stuart little.Tapi aku malas study.Aku nak belajaq 12 jam tapi aku cuma dapat study 2 jam.Tolonglah...CEpat tolong aku.Study..Study..Study..Jom study dengan aku.Jom kita pi buat physiology eh?Jom..Jom..

Ok bye..Jgn lupa jadik follower..Peace ^_^
Stuart,bagi aku tips pandai cikit?







Repekan Reality

Assalamualaikum.

Entry lepas abieh jawab assessment anatomy..Oh no!Susah...Ni suma hangpa lani.Kan aku dah kata jampi kat aku banyak2 supaya aku dapat jawab btoi semua.Aku x dapat jawab btoi suma pun.Jampi hangpa x berkesan la 2.Isy3.Okey2.Aku melawak saja.Tima kasih la kat mak ayah,abang2 dan kawan2 yang mendoakan aku.Saya sgt hargainya.Malang x berbau,apakan daya...aku ada buat salah jugak. Tawakkal saja lah.

Nak bercerita tentang tudung la ari ni.Sebab tadi aku tengok depa pakai shawl cantik2.Maka aku pun terpegun nak tengok.Aku cuma terpegun ja nak tengok,tapi x mo pakai pun.Aku tau la ada yang kata aku pakai tudung bawal ja reti.Saja pun,aku x reti pakai lilit2.Ah jeleznya aku tengok depa.Jelez saja okey?x mo tiru pun.Aku tau la ada antara hangpa yang kata tudung bawal 2 macam tudung kain lap lantai dan kain sapra yang hangpa dok lapik makan pun.Aku adalah aku,yang fesyen outdated.haha.Pakai sajalah tudung macam mana pun.Janji tutup aurat okey?Macam Yuna kah,macam Hanna Tajima kah,macam wardina kah,terserah lah pada anda. 

Peritoneum covers the abdominal wall,Pleura cover the lungs and their fissures,and Pericardium covers the heart.Ni yang aku baru belajaq.See?Semua organ Allah tutup?Awat kita x mo tutup aurat.Kita bukan prokaryote yang sampai DNA pun nak tunjuk.Prokaryote x perlu pakai underware sebab dia x nampak.Eukaryote jugak x perlu pakai baju.Tapi manusia x boleh pakai legging sebab nampak ketat.Okey.Assalamualaikum.

Segak aih dia pakai shawl.Teringat pulak ada yang kata  pompuan lawa pakai shawl.Haha.Apakan daya,aku malas usaha.Aku cuma tau pakai tudung bawal yang umpama jalan2 jumpa kat market juai ikan sardin bersama kawannya ikan termenung.Hang pakai la apa pun,tutup aurat sudah.Outdated X pa,jgn jadik mangsa fesyen macam Lady Gaga.Awat aku anti sangat ngan lady gaga?Sori,I x suka U,Lady Ikan Laga.

الجمعة، 20 يناير 2012

Shesh..I x jelez pun!

Sempoi kan gaya macam ni?Agak2,dia pakai gigi  emas dak?Aku tau amik gambaq macam ni ja.Gaya lain aku  x tau.Mungkin perlu beli DSLR dulu?
Assalamuaikum..

Semoga kalian semua yang tengah baca blog ni sihat2 belaka.Harapnya x da penyakit kronik yang membawa anda bertemu dengan dr houseman yang cantik2 mahupun yang hensem2 di hospital yang ada makanan sedap2 di samping nurse2 yang lawa2 macam pramugari air asia mahupun firefly.okies,aku merepek lagi.

X mengapalah.Nak cerita lah tentang sesuatu bnda yang bgi aku sangat annoying gila.Bila mereka bercerita tentang makwe dan pakwe di blog mahupun facebook tiap2 ari,dengan gambar mulut muncung2,apakah perasaan anda apabila melihatnya?Anda sukakah bila mereka dok boh gambaq berpeluk2,dan cerita "saya syg kamu,saya suka kamu,cinta saya melebihi lautan api,saya sanggup terapung atas laut mati untuk ke jordan bertemu kamu.."Alahai..boringnya aku,bila tiap2 hari orang dok cerita pasai makwe dan pakwe kat fb tiap2 ari.Klo depa kata kat aku,klo x suka,awat yang hg dok tgok?Cheq bukan tengok pun,tapi dekat home mmg automatik dia naik pun.Saya x suka pun.huhu.Aku x taulah best sgt ka dok cerita pasai boyfriend or girlfriend sampai boleh kenyang macam makan Nando's mahupun Domino's.Kawan aku yang lelaki pernah post kat facebook,dia kata macam ni "Boleh dak,hg jangan dok buat macam hg sorang ja ada makwe or pakwe,dok post tiap2  ari pasai boyafriend mahupun glifrend?"Lepas 2,aku pun like.Dan bukan aku sorang yang like,Adalah dalam 100 org lagi yang like.Inilah alkisahnya,secara implisit,aku dapat simpulkan yang ramai saja yang x suka bila mereka yang species cintan cintun tahap nak mati ni dok post2 tiap2 ari pasal pasangan mereka.Annoying lah.

Oh maaflah,jika ada yang tengah membaca ini terasa.Aku x taulah sebab aku x pernah mempunyai spouse.Aku bukan apa,seluaq dan baju aku pun semua mak aku bli lagi,aku masih di bawah akta kanak2 yang berumur 18 tahun.Makanya,aku x pernah lagi bercintan cintun.So aku x suka baca post kat fb yang pasai cinta.Kadang2,aku rasa nak remove ja post tuh yang naik dekat home,tapi aku malas lah pulak.Aku pernah lah komen kat sorg post kat fb ni,post dia macam ni kot, "Perlukah bercinta?"..Pastu,aku pun reply,tujuan aku reply sbb aku boring lah org yang dok post pasai cinta x berenti,klo cerita pasai kawen lainlah,sebab Nikah,connecting people in halal way kan?So,aku pun reply "x perlu".And then,dia tnya aku "sebab apa x perlu?"..X sempat aku nak komen lagi,ada sorang mamat mana ntah,kawan dia la kot,komen macam ni "sebab dia x laku,sebab 2 dia komen macam 2"..Okies,aku malas nak komen panjang2,makanya,aku terus blah dari post tuh kat fb.Tapi mmg btol la kot aku x laku sebab 2 sampai lani aku x dak boyfriend.haha.Honestly,aku mmg x mo ada boyfriend pun.Aku juga sgt x suka dengan gambaq makwe mereka yang tangkap gambaq sendiri mulut muncung2 depan cermin,pastuh buat mata bulat,dengan buat gaya peace,lidah terjelir?Oh ya Allah.Aku rasa nak termuntah.haha.

Aku x taulah aku ni loser ka,ataupun yang seangkatan dengannya sebab aku x pernah amik gambaq gaya terbaru dan terhot macam 2.Aku cuma tau buat gaya peace sambil tunjuk gigi ja.Sebab aku rasa gaya mulut muncung adalah sgt childish dan x matured.Selagi aku mampu nak lawan perasaan supaya hati aku x tainted,insyaAllah lepas habis dapat MBBCh barulah nak fikir ke arah 2.Sebabnya,aku rasa result anatomy pun x tahwan hala lagi,makanya x perlulah aku nak angau pasal hati dan perasaan.Ada yang kata,bila hati dah terpaut,maka hati kamu dah tercemar.Oh no.Aku x mo hati aku tercemar.Aku nak hati aku bersih.Supaya aku cepat paham apa yg lecturer botak ajaq.Supaya aku x payah belajaq sampai pagi.Supaya markah aku tinggi2.Aku x mo hanya dok pikiaq pasai boyfriend or terlalu aktif berpersatuan sampai aku x tahwan apa itu mediastinum,apa itu cerebral cortex,apa itu sympathetic trunk.Aku x perlu knai Blackberry,aku cuma perlu knaii strawberry,sbb strawberry boleh makan.Makanya,jika mereka terus bercerita dan kata saya loser sebab saya x da boyfriend,teruskanlah.Saya x marah,dan saya x jelez.Saya cuma jelez bila kawan2 saya lena dengan nyenyaknya dan dapat markah 90 dalam anatomy sedangkan aku x tdoq malam dan dapat hanya 80.ok.Perumpamaan sahaja.

Lagi satu cerita,tentang sweet or tak seorang lelaki 2.Aku rasa ada beza antara pengorbanan,kebaikan dan kebodohan.Jika anda rasa seorang lelaki itu beli anda hadiah macam2,bagi Ipad kat anda time birthday anda,or apa sahaja.Anda rasa dia seorang yang sweet.Itu pendapat anda masing2.Tapi bagi aku,byk lagi benda yang boleh buat dengan duit itu dengan bagi sedekah kat anak2 yatim mahupun pelarian2 di darfur dari bagi hadiah kat seorang lelaki mahupun perempuan yang langsung x da ikatan halal dengan anda.Byk cara nak menunjukkan sweet.

Contoh,aku tersentuh bila aku tengok ikhwah tolong akhawat angkat air yang berat,angkat barang pindah rumah,mahupun tolong mak cik2 angkat barang yang berat di pasar.Aku rasa sweet seorang lelaki bila dia kata kat junior,makan lah..aku dah makan tdi.(dia tipu).Padahal dia sebenaqnya x makan lagi,dan sebab dia tau ada orang yang x makan lagi,makanya dia pun offer makanan dia untuk org lain.Padahal,tadinya,masing2 lelah dengan aktiviti yang kena ajaq junior cara2 nak buat injection intravenous dan intramuscular.Kebodohan terserlah jika anda menggunakan duit mak bapak anda bagi or duit biasiswa untuk perkara yang x penting.Kesweetness terserlah jika anda buat pahala.Itu pendapat aku,Sekian terima kasih.Boleh kutuk,aku suka.Mungkin boleh tukar2 pendapat?
Kalau buat squint eyes macam budak ni comellah.Klo sampai muncung2 dan lidah terjelir,aku rasa,sangat annoying.
Semoga anda semua happy2 sahaja.
Even dia jelir lidah kat aku,dia comeii.X macam depa yang jelir lidah upload facebook.Muntah hijau aku tengok.Ni nama dia Siku.


الخميس، 19 يناير 2012

PERFECT...


      Sometimes,bila aku tengok orang cantik,pandai,dan kaya..aku selalu tertanya2..Eh bila lah agaknya aku nak jadik macam ni?Bila aku tengok Emma Watson dalam majalah galaxie dulu (majalah hollywood time zaman jahiliyyah aku),aku nak sangat jadik cantik + pandai mcm  dia mahupun natalie portman yang masuk universiti terkemuka dunia.Isy3..manusia mmg penuh dengan keinginan.Aku x mo jadi hot,tapi aku cuma nak jadik cool.Bagi aku hot dengan cool,lebih baik cool.Sebab hot kena pasang aircond yang mahal,sedangkan cool cuma memerlukan saratoga mahupun heater yang berharga 50 genaih bersamaan 25 ringgit msia.Okey,aku merepek saja.Manusia mmg byk nafsu,tgok lamborghini or skyline,punyala nak buat ayat perasaan..Eh ni keta akulah.Dia pinjam ja.Perasan btol.Sapa 2?Aku la salah satu orang yang perasaan 2.Tapi yang buat aku jelez skali,bila aku tengok kawan aku lena time lecture,tapi pandai tahap Albert Einstein.

     Dulu masa aku kat PASUM,okey oleh sebab aku rindukan PASUM makanya aku nak tulis penuh (Pusat Asasi Sains Universiti Malaya),aku ad sorang kawan.Dia ex KYS resident.Dalam kelas dia selalu lena..x kiralah time organic chemistry ka,inorganic chemistry ka,calculus yang tahap susah tahap ketaq kaki tangan ka,or hatta time physics yang lecturer hensem ajaq dia selalu lena.Tapi bila time buat soalan tutorial,pergh..Most of the questions yang tahap menjana minda semua dia boleh jawab.Aku x taulah dia makan apa.Yang pastinya,dia mmg gifted.Bila hari minggu pulak,dia x pernah x kuaq PASUM.Klo weekend dia akan lepak kat midvalley,Mcorp Mall,Sunway Pyramid,Times Square,Mines and seangkatan dengannya..Serious,aku jelez gila.Nak compare ngan aku..huhu..Aku klo x paham,dok langut saja tengok muka lecturer.Time hari minggu sangat jaranglah aku keluaq,sebab klo aku keluaq,aku mesti x siap punyalah tutorial.Aku bukan pandai pun.So kenalah pi tnya plus tiru depa yang tau mcm mana nak solve soalan calculus.Selalunya,aku akn tiru kawan aku klo subjek calculus.Haha.Sebab aku rasa calculus sgt susah.Harap x tau sgt,aku malas nak pikiaq,makanya aku tiru saja.Aku bukan apa,nak jimat masa saja.Masa kan Emas?Makanya,aku sgtlah menghargai masa.
       
   Aku selalu rasa,depa x usaha tera mana pun,tapi awat depa pandai sgt?Sedangkan aku,terpaksa mengulang 2-3 kali barulah aku paham.Kan bagus klo aku baca sekali,ingat semua bnda.Barulah aman hidup aku.Tapi,x bolehkah untuk aku bersyukur?Cubalah tengok orang yang bawah pada aku.Yang hafal sampai lima sampai enam belas kali x ingat2?At least,kita stay up smpai lewat malam,then kita dapat apa yang kita nak kan?huh..bersyukurlah..x ada orang yang perfect kat dalam dunia ni.Klo lah aku diberi pilihan,aku nak jugak cantik macam Katie Holmes,suami hensem macam Tom Cruise,badan cantik macam Beyonce,suara sedap macam Taylor Swift,berbakat macam Emma Watson,kaya macam Paris Hilton.Tapi apakan daya,aku bukan mereka.Aku adalah aku,yang berpijak dalam alam reality.Kalaulah aku jadik macam depa mungkin jugak aku akan jadik mangsa fesyen macam Lady Gaga?Mungkinkah?Sebab aku cantik?Makanya,aku nak semua orang kenai aku,aku rasa aku hot,tapi aku x sedaq yang api neraka lagi hot.Mungkin kah?
       
         Bila aku sampai bumi mesiq ni,barulah terbuka sikit pemikiran aku yang sebelum ni aku sedaq yang pemikiran aku sebenaqnya sempit.Bila tengok orang pakai IPhone,IPad,IPod,BB,ada Sony DSLR,ad laptop Apple aku kata depa hebat,pakai semua yang sophisticated.Depa dah lah pandai,cun,kaya..semua ada..Tapi tengoklah..Ramai lagi yang miskin,anak2 di jalanan mengutip sampah,x pi sekolah,berkejaran dengan org ramai sebab mintak sedekah,musim sejuk tapi saratoga x dak.Klo x pernah naik kapai terbang,kita mesti nak sgt2 naik kapal terbang.X bolehkah kita tengok depa yang naik keldai? Klo kita x mo makan yang murah2,semua nak makanan yang mahai2 saja,x bolehkah kita tengok depa yang cuma makan roti 20 keping yang berharga 1 genaih bersamaan 50 sen?Oh no.Aku mmg manusia yang demand.
       
         Bumi Mesiq banyak ajaq aku dari segala hal.Nak habaq awai2,mesir x best..Tapi pernah dengaq dak ungkapan finding pearls behind the sands?Ha,ni lah tempatnya.Universiti kat sni nak compare ngan uni.malaya yang aku hidup dulu mmg jauh langit dengan bumi lah.Uni malaya ada kolam renang,ad tempat main tenis,ada kolej kediaman yang ada makanan sedap2,kat sni..mmg anda semua x kan jumpalah kan.Yang anda jumpa makan tokmiyah yang satu genaih dapat 8 bijik.Rasa dia..SEDAP.okeylah,ada sedikit penipuan di situ.Sedaplah jugak,bersyukurlah dapat jugak makan.Tapi kat sinilah perjuangan bermula.Mujahadah nak jadik muslimah kot.hehe.Kat sini ada usrah.Aku yang dlu tahap jahil gila,akak senior ajak aku join usrah.Usrah best woo..Banyak bnda yang aku tau selama ni.Kat msia,asal org mula bukak mulut pasai agama ja,mula la nak kata "haisy,minah or mamat ni,dok buat alim pulak"..Tapi kita kna lah amik tau pasai Islam.Kita kan Islam.Mungkin nak jadik baik,malu kot?X mengapalah,semoga orang yang macam ni diberi hidayah.Lecturer kat sini baik2.Klo x paham,suruhlah dia ulang sampai 20kali pun,nescaya dia akan ulang tanpa kata "hangpa ni makan apa bnda la,smpaii orang ajaq 2-3 kali x boleh2?"..depa cuma senyum dan ulang balik tanpa kata apa2.Mereka sgt menghargai ilmu.Tapi budak arab,erm.....selalu ja carik gaduh ngan depa.hahahah...Tapi lecturer anatomy,physiology,Biochem mahupun Histology,walaupun muka depa hensem,depa botak kat tengah..x percaya?Tengok lah. .Nampaknya aku dah lari tajuk dari apa yang aku nak habaq ni.

u see?Bersyukurlah dapat makan tomiyyah.Tengok Darfur!
         
       Okey,aku mmg suka tulis panjang2 dan merapu sikit2,sebabnya otak aku bukan otak yang serius dan memikirkan masalah sejagat semata2,aku cuma nak release tension dengan menulis.Diluaq pun,aku bukan jenis serius pun,dok buat lawak bodoh ja memanjang,no wonderlah aku x pandai2 sampai lani.Perfect.Jikalah semua bnda yang kat dalam dunia ni,usaha sikit,natijahnya perfect..Maka akan wujudlah manusia2 yang malas berusaha dan x matang.Nak dijadikan cerita ataupun contoh.Cuma masak air,makanya air itu akan bertukar menjadi air sirap.X bukan2.Aku cuma bagi contoh yang langsung x relavan.Aku nak habaq sebenaqnya yang,lagi banyak kita usaha,lagi banyak kita alami kesusahan,yang 2 lagi baik.Sebab dengan susahlah,we can build our maturity..Orang lempaq kita kat hujung dunia pun insyaAllah boleh survive  klo nak compare ngan org perfect yang hidup dalam aircond 24 jam.So,bersyukurlah,Allah kurniakan kita kesusahan untuk kita berusaha.Allah kira setiap titik peluh yang mengalir bila hangpa semua penat buat latihan calculus yang susah 2.heheh.
I naik keldai ok jer,sampai jugak ke souq gaban nak pi bli ikan.x payah naik lamborghini pun?
-Pak Cik Macho-
       
    Nak perfect dari segi suara mahupun kecantikan,aku rasa 2 semua idaman setiap manusia kot.Tapi kan,okey ja suara x sedap pun,sekurang2,x da lah hangpa akan buang masa melangut kat karoeke kan?Nak muka cantik,senang ja.Baca quran,hapai quran,cahaya lagi cantik berseri dari wajah taylor swift yang comei lote 2.okies.entry aku merepek,aku out dlu.salam.
Dia mungkin bijak,cantik,berbakat,tapi dia Yahudi.Kita bersyukur sebab diberi nikmat Iman dan Islam kan?
-Natalie Portman-
Tgok oprah.X cun pon kan?Tapi oprah,programme dia bermanfaatlah lah jugak serta ramai ja peminat.X perlu cantik pun kan? Ce..Cer..Tengok Oprah Winfrey Show


-Oprah Winfrey-

Emma Watson.Awat hg cantik sangat?Aku jelez lah jugak tengok Daniel Radcliff berlakon ngan hg.Tapi x pa,jangan berlakon dengan David Archuletta sudah.Dia cuma boleh menyanyi dengan aku.Eh?


الأربعاء، 18 يناير 2012

Sijil Pemusnah Masa-Depan a.k.a SPM.

Assalamualaikum

 Post Edisi Terhad.hehe..Entry pertama kat blog baru,nak kasi title gempak sikit.Actually,ni bukan kali pertama aku buat blog tau.Dah ada blog sebelumnya,dan dah ada follower pun.Cewah.Padahai follower x sampai berpuluh org pun.Hangit ja lebih aku ni.-.-.Tajuk ni bukanlah nak bercerita mengenai Sijil Pemusnah Masa Depan Pun tapi aku nak cerita tentang sijil pencerah masa depan,macam fair and lovely nak putihkan kulit muka bagi putih licin berkilat.Okies,maybe yang aku nak tulis ni dah lapuk dek zaman,tapi ianya x lekang dek panas.Aku x pandai sangat guna peribahasa,bahasa melayu dapat A pun,sebab pemeriksa baik hati.Tapi aku nak letak jugak peribahasa.Adalah satu cerita yang pernah menggemparkan malaysia,apabila seorang rakyatnya seorang gadis sopan,otak punyalah brilliant,pi London akhirnya terdedah gambar kat facebook yang dia sudah terpengaruh dengan budaya hidup disana.Rasanya anda semua dah tau,x perlu nak bagitau lagi sapa nama dia,dok kat mana,bopa A dia dapat dalam SPM.So pada malam tersebarnya gambar2 dia di internet,esoknya keluar kat berita seluruh malaysia.Pada malam 2,aku sempatlah usha2 facebook,dan beberapa akhbar online malaysia.Kat facebook,hangpa jangan dok cerita la,berpuluh2 manusiawi dok update status pasal this brilliant lady.Dok mengata dan mengumpat,tapi ada jugak yang berhati nurani mulia mendoakan supaya dia berubah.Kembali balik ke fitrah asal sebagai muslimah.Oke.Yang aku nak cerita ni adalah status mereka yg dok pi kata "SPM,17 A jadik lagu ni,ni la sistem malaysia,budak2 dok kejaq straight As ja,apa pun x tau,akhirnya jadik bangang agama".Ada jugak yang buat status macam ni,"kebanyakan budak straight As mmg mcm ni,dok pikiaq depa pandai,padahai agama langsung x amik tau"..Dekat comment akhbar,masyaAllah.hangpa tengok sendirilah bagaimanakah komen masyarakat malaysia.Aku dah malas nak tulis banyak2 dan komen aku x ramai mana pun yang like..Tu yang malas nak komen panjang2,klo aku ni Aiman Azlan lainlah.X sampai seminit dia post,94 orang dah like,termasuklah aku yang kaki like. 

Slip aku bukan sampah.Aku x salahkan SPM.Klo ada tarbiyyah kat mana2 pun boleh survive.InsyaAllah.Aku mungkin x dapat deretan A+  yang boleh dibanggakan.Tapi aku bersyukur dengan apa yang ada.Alhamdulillah.
Secara totalnya,aku rasa agak terkilanlah bila depa menyalahkan mengejar SPM semata2,akademik semata2 sampai jadi macam ni.Sebabnya aku dulu adalah antara mereka yg mengejar akademik.Mungkin sistem pendidikan kita x menekankan sangat perihal keagamaan,yang sekolah biasa macam aku ni cuma belajaq agama Islam time pendidikan Islam kat sekolah ja.Hanya belajar yang basic.Yang lain mak ayah ajaq kat rumah.Aku sangat terkesan bila ada yang tulis SPM macam sampah.Terasa aku.Slip aku bukan sampah lah.Aku x faham apa yang sampahnya.SPM kah sijil pemusnah akhlaknya?SPM kah yang membuatkan dia menjadi macam ni?Kerana mengejar deretan As sematakah dia berubah sampai sekali tengok macam bukan Islam,bila tengok sejarah balik baru tau dia Islam.Pendidikan kita x perlu dipersalahkan.Bagi aku yang paling penting adalah tarbiyyah dalam diri.Berapa ramai yang pergi luar negara akhirnya balik pada Islam.Ada dalam kalangan pelajar kita yang belajar di negara Eropah lah mereka mengenal Islam atas tunjuk ajar senior2 mahupun saudara semuslim ngra lain.Anda mahu mengejar deretan As,maka itu terpulang pada anda.Anda fikirlah,SPM di malaysia adalah sijil yang sangat penting.Bagi aku perlu lah belajar sungguh2 untuk mengejar akademik sebab kita perlu seimbangkan intelektual dengan bangsa dan agama lain.We are muslim,adalah compulsory bagi kita untuk menguasai ilmu dunia.Mengapa harus menyalahkan deretan As?Sistem pendidikan kita mungkin x cukup untuk mentarbiahkan diri menjadi muslim sejati,ianya perlu didikan dari ibu bapa,masyarakat dan jua kerajaan perlu tekankan kepentingan agama.Makanya kita perlulah menyibuk pasal org x pakai tudung,orang pakai legging,kita perlulah sibuk pasaipa kerajaan soh org Islam x pakai tudung.Tanggungjawab sebagai khalifah sangatlah besar.X perlulah nak salahkan mereka yang mengejar deretan As,x pandang kiri kanan,x tahwan ilmu agama.Ada jugak yang cakap"Pi negara org putih jadi macam ni,pi negara arab jadik pengganas".Aku belajaq kat ngra arab rasa nak boh pelangkung ja pak cik sorang ni.Pak cik,ramai lagi yang pi US,Uk,Czech,Poland,Aussie yang hal ehwal agama depa lagi pandai dari orang kat msia mahupun yang dok negara arab.Pemikiran depa jauh ke depan bersama iman terpahat di dada.Usrah x pernah tinggal,sembahyang jemaah dengan kawan2.Anda jangan main cakap sahaja.X percaya ada yang macam ni,bacalah buku Hlovate.Yang part pi ngra arab jadik pengganas,astagfirullah.Nnti hang mati,maybe ustaz2 pengganas dari mesir mahupun jordan jugak nak .
   sembahyang mayat hg?Mungkinkah?Okey.Sampai sini


P/S:Kawan2 pemollow blog lama,jangan tanya pasai pa aku dah x tulis entry fully in english macam dulu.Dah terang lagi bersuluh dengan lampu pelita english aku makin hari makin x tahwan bila aku sembang ngan hangpa kat facebook kan?Klo amik balik SPM la,dri GCE-O gred A aku boleh jadik gred D.Sungguh,aku mengong gila.Kadang2 bila aku lepas tulis,baru aku perasan ada grammatical error.Baru aku sedaq yang "sejak bila tok nenek aku ajaq,lepas auxillary words boleh diikuti ngan ing,ed segala bagai?Bukankah root word sahaja?Okieh,untuk mengurangkan rasa malu sembang ngan hangpa yang tahap terror merror english,aku x mo dah tulis english.Shame on me,medical student x reti English.Yes,it's me.haha."Merepek lagi noh.Letih hangpa baca noh?x  pa2..X mo baca x pa.Jadik follower penting okey?Papaii