Bila Brain Nak Baca

الاثنين، 30 يناير 2012

Inferior..Perlukah?

Salam alaikum.

Hopefully,semuanya dalam keadaan sihat2 sahaja.Almaklumlah kesihatan merupakan nikmat Allah yang selalu manusia lupa.Bila dah sakit,baru ingat nak doa dan makan penadol.Jika sebelum ni,senang hati sahaja makan cekedies dan minum coke kan?Jika anda bukan dari golongan ini,tahniah.Anda berjaya melawan nafsu.Jika tidak,samalah kita.Eh dulu aku jarang makan makanan pelik2 macam cekedies 2.Tapi skang ni,selalu sangat makan.Sebab kat sini benda 2 available di mana2 sahaja.X percaya,tanyalah budak Mesiq.Cekedies dah la murah,pastu sedap,pastu senang nak jumpa.Berbanding nak order burger yang kami x paham tulisan Arab.Eh..Nak Salahkan environment pulak.Bukankah semuanya terletak pada kita?Aku belum mampu mengubahnya.Dan insyaAllah akan mengubahnya.Say No to cekedies untuk ...bulan?tahun?atau selamanya?uhuk!uhuk!X tahulah.


Pernah dengar perkataan inferior?or inferiority complex?Inferiority Complex aku x tau sangat dan aku pun belum mahu amik tau secara detail.Tapi inferior adalah perasaan rendah diri.Mengapa mesti rasa rendah diri?Banyak sebab nya.Muka x secantik Natalie Portman bila bersama dengan golongan cantik-cantik.Pernahkah anda rasa inferior?Klo x pernah.You are great.Keep it up.Anda yakin dengan diri anda.Honestly,aku lebih suka menulis dan bercakap sorang2(bukan gila eh) dari meluahkan secara terbuka.X tahulah mengapa.Menjadi seorang debater sejak dari zaman sekolah x bermakna seseorang itu punya kekuatan untuk meluahkan apa yang terbuku di hati.Menulis mungkin ramai yang anggap x punya kekuatan untuk bersuara,x mampu nak menerima kritikan secara terbuka or anything else.Tapi bagi aku mata pena ada kekuatan tersendiri kalau wacana yang dihasilkan berfaedah dan bermanfaat.Of course lah bukan aku kan?Yang banyak merepek dari memikir.Merepek seorang diri jauh lebih best dari bergossip beramai-ramai dan mengumpat.Bukan kah?Tapi dua-dua x baik.Jangan ikut dan lebih baik anda baca yang lebih bermanfaat.

Kadang-kadang bila kita berdamping dengan seseorang yang kita rasa ilmu tinggi,kita mesti rasa nak jadi macam dia.Mesti semua pernah rasa kan?Example macam ni.Dia bijak dalam segala hal,dalam akademik,sukan,hukum hakam agama dan pastinya isu sosial.Dia pandai berhujah sebab dia banyak ilmu.Boleh kata semua cabang ilmu dia amik tahu.Bila dia bercerita,dia kemukakan pandangan dan kita kadangkala x faham pun apa yang dia cerita.Sebab kita x amik tau benda tu.Dia mintak sudut pandangan kita,dan kita terkelu untuk bagi pandangan.Sebab ceteknya ilmu.Lepas tu,kita pun cari dan selidik.Apa benda lah yang dia ni cakap.Just untuk sama2 cari ilmu dan bersaing dengan dia.Persaingan sihat macam 2 mmg bagus.

Mencari ilmu itu bagus.Tapi,in my point of view.Kita kena ingat,x semua benda kita boleh kuasai.Kita kadangkala berusaha bersungguh-sungguh untuk jadi seperti orang yang kita kagumi,tapi kita x sedar pun kita ada kelebihan tersendiri.Itu mungkin minat dia untuk amik tau semua cabang ilmu,tapi kita boleh saja pilih cabang ilmu mana yang kita nak kuasai.Buku mana yang kita nak baca.Kalau dia nak baca buku tentang Modernisation in Islam,dan kita rasa kita x mampu nak digest benda itu.X mengapa.X payah baca.Katakan kita "tidak tahu".Tidak tahu x bermakna anda berada di paras pemikiran ortodoks,tapi kerana anda rasa anda x mampu nak digest benda tu.Actually,ada satu kisah.Dari form 3 lagi,aku selalu nak baca buku tentang Islam Liberal,apa itu contemporary?Apa itu Sister In Islam?Apa itu percanggahan antara modernisation in Islam dan Liberal.Pluralism dan Feminism bila wanita dipertuhankan.Dan akhirnya,bila aku baca artikel itu,lepas 2,aku akan pening sendiri dan lena dengan nyenyak nya sampai esok pagi.Dan bangun dengan x faham apa-apa yang aku baca.Aku cuma boleh tau apa itu pluralism tanpa aku tau apa penyebabnya dan apa solusinya.

Dan aku mula sedar,dia mungkin hebat dalam segala hal.Dan aku x mampu untuk itu.Otak aku x mampu nak faham semua benda.Malah benda besar seperti itu.Aku x perlu rasa inferior lagi.Aku punya masa untuk kuasainya.Mungkin bukan sekarang,tapi bila tiba masanya.Kita x perlu baca benda yang besar dan mempunyai banyak percanggahan pendapat.Kalau nak belajar agama,why not kita baca artikel yang mudah.Macam Faces of the Hereafter?Macam kita amik tau sapa nabi kita?Kita amik tau tentang ilmu fardhu ain dulu?Kan lebih mudah dan sesuai untuk kita dari kita baca tentang feminism,liberal,contemporary,pluralism,dan seangkatan dengannya.Seseorang itu Allah bagi kelebihan untuk dia menguasai banyak cabang ilmu,dia boleh ingat semua artikel dan sources yang dia baca sebab mungkin dia ada kekuatan untuk menyampaikan dekat orang ramai.Kita mungkin x mampu.Kita mungkin Allah bagi kelebihan untuk menguasai ilmu yang lain.Contoh macam..Anda boleh selesaikan soalan calculus dalam masa satu minit yang punya jalan kira 2 muka surat?kan?2 juga adalah kehebatan.

So,if ada yang menyampaikan pandangan tentang sesuatu perkara,anda x tahu bagaimana nak reply dan memberikan pendapat,just simply say "maaf,saya x tahu".Kan mudah.Dari anda surf internet,berlumba-lumba mencari idea sehingga x tidur malam semata-mata nak bagitau kat orang itu yang anda tahu.Padahal anda x tahu apa yang dia bincangkan.Anda x minat nak ambil tahu,katakan sahaja "saya x tahu".Anda punya pendirian dan punya buah fikiran yang tersendiri.X perlu nak berlumba dan amik tau segala hal.Inferior.Perasaan yang akan menjahanamkan anda.Buang perasaan itu.Katakan kat diri sendiri yang "I'm the greatest creation from Allah,I've my own way to manage my life".Jadilah diri sendiri.Buat apa yang anda minat.Bukan berusaha mencari minat orang lain,akhirnya pening sendiri.X minat,x kan dapat.Hafal relation arch of aorta yang ada banyak branch tanpa faham kat mana anterior,posterior,rg side and lf side umpama baca dalam gelap.Ingat malam ni,esok orang tanya lupa.


Katakan "Tidak" adalah sunnah.Ni dari yang aku baca dalam artikel Kapten Hafiz Firdaus.Perlu amik tau hal ni.Jgn cuma pateri kemas2 dalam kepala poligami adalah sunnah.

Dia tengah baca buku Diary of A Whimpy Kid.



Aku nak buat latihan calculus.Aku suka mengira!Bukan membaca.


ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق